Instagram

Testimoni

My Caterer - Nurul Izzah Pilihan Ramai

Demi membantu rakan-rakan memilih caterer yang bersesuaian, saya gagahkan jari-jari tak berapa nak runcing ni untuk menghentak keyboard.

Untuk Miss Sunshine & Fira yang sedang dalam kegelapan. HAHA, saya datang bagi torch light neh.

Kami jumpa Nurul Izzah Catering waktu Pameran pengantin di Stadium Malawati tempoh hari. Dak Yang ada good experience with them. Bila dah makan kenyang-kenyang, sembang kencang. Kami pun setuju letak deposit RM200 untuk booking mereka.

Apa yang kami dapat kalau bayar deposit waktu tu?

PERCUMA
  • cendol/laksa
  • Extra makanan 10%
  • Riben untuk semua kerusi
  • PAKEJ HONEYMOON (HOOORAAAHHH)
  • Chaffing Dish Exclusive
Jadi, Sabtu lepas kami beramai-ramai pergi Food Testing di Dewan Bankuet MBSA. Untuk rasa adakah bila dia masak secara banyak rasanya berbeza waktu Pameran pengantin tempoh hari.

Jawapan dia, SAMA SAHAJA. Keenakan dia tak terjejas even dia masak banyak sekalipun.

ACARA FOOD TESTING

Emak suka, abang suka, SIL pun suka.
Dak Yang and Along tumpang suka
Setting meja beradab yang buat saya tak sabar nak makan beradab
Saya nak mintak napkin merah buat bentuk angsa. HAHA
Hiasan mereka memang menggunakan fresh flower
Ada pelayan yang akan layan di meja beradab. Huiii, lagi lah tak sabar

Err, rasa nak kahwin kat Dewan MBSA lah sekarang.

Cantik

Meja Beradab dari sisi depan

Setting meja VIP untuk rombongan pihak lelaki.
Minus kuih tart tu
Kang tak memasal marah-marah Nurul Izzah Catering sebab tak sediakan kuih tart macam dalam gambar.

Chaffing dish exclusive like I mentioned it before

Ada Tagging signage untuk setiap menu. Jadi, orang takyah penat selak satu-satu tudung nak tengok apa isi di dalam.

Stall Kopi Corner
  • Kopi O
  • Teh Tarik
  • Bubur Kacang
  • Rojak Buah
  • Cendol (yang dapat free tadi)
Oleh sebab kami setuju mempilih pakej Nasi Arab, jadi Stall Kopi Corner ni termasuk dalam pakej tadi. Lepas dah kenyang makan nasi, boleh datang sini rasa cendoi Jonker Walk (tipu)

Hiasan Meja kek

Kek adalah percuma dari Nurul Izzah Catering beserta dengan Dummy 2 tingkat. Jadi, sudah save budget untuk Kek kahwin saya.


 Serius discussion with Atiqah (wakil dari Nurul Izzah)

Centerpiece bunga ros sekuntum just nice. Nanti takda lah orang nak makan sampai tak nampak muka suami diseberang.

Kompang, deejay, PA system dan 12 lelaki gagah kacak-kacak muda remaja pelayan pakaian seragam termasuk dalam pakej ni sekali. So, pening no more nak cari asing-asing.

Part paling saya suka bila diorang kata yang ayam goreng berempah akan digoreng di tempat kejadian. Weehuu, aku nak jual seketul singgit macam kat pasar malam. HAHAHAHA

Lawatlah Nurul Izzah Catering  atau terus tuju office mereka di Taman Subang Mas, Shah Alam kalau nak ada ayam hotsss pada hari bahagia anada. Oucchh.

http://marrakechmystery.blogspot.com/2011/06/my-caterer-nurul-izzah-pilihan-ramai.html

Nurul Izzah Catering pilihan terbaik :)

blog e yokoso yaya ayarus

maaf maaf maaf

sebulan dua ni asik nak bercerita pasal kawen
sorry yang dah kawenn
dah takde hati dahhh nak bace 
yang belom kawen ok laaaa 
heeeeeeeeeeee :)


ok entry last minggu ni nak habaq mai pasai catering :)
hee ye catering di majlis yaya di Dewan Bukit Jelutong :)
alahaiaaaaaa ramai yang memuji, sotong sambal sedappp, daging hitam sedap
pelayann pun baik baik :)
makaa service NURUL IZZAH CATERING memang terbaik laaaa
10 per 10 :)


mai click belog mereka


link yang ni untuk short-form senarai pakej - pakej mereka 




memandangkan yaya punya majlis buat dekat dewan
so yaya kena amek pakej dewan
beza dia ada kerusi meja tak silap
kalau pakej khemah, beza dia include khemah sekali
so yaya takyah amek khemah dahhhhh




DEWAN KRISTAL RM12.90
(1000 pax)
RM 14.30 (800 pax)
RM 17.90 (600 pax)


MENU TETAMU 
Nasi Minyak                

Nasi Putih
Daging Masak Hitam
Ayam Masak Merah
Masak Lemak Nangka Daging Cincang 50%
Sambal Sotong Kering 50%

Pajeri Nenas
Acar Buah
Buah Limau Sunkist
Air Sunquick Mandarin
Drinking Water


COMPLIMENTARY
Teh Tarik 250 Pax
Cendol 500 Pax
2 Kuih Muih Melayu 500 Pax


*Makanan ini akan dihidangkan di 
2 buah buffet meja bulat bersama :
* Kelengkapan pinggan mangkuk, 
* Golden Chefing Dish Bulat Tergantung, 
* Alas meja 
* Skirting
* Scallop
* Bunga hiasan.


MENU MAKAN BERADAP

Ikan 3 Rasa 
Ayam Percik 
Udang Goreng Berhias
Buah-Buahan
Sago Gula Melaka

* Set ini dihiasi dengan deco meja beradap termasuk
2 kerusi pengantin, 
10 kerusi banquet,bunga artificial, alas meja, skirting, scallop dan pinggan mangkuk.


PENYERI DAN PELENGKAP MAJLIS

4 Buah Dome Lengkap Dengan Setting VIP
25 Buah Meja Bulat, 250 Kerusi Plastik 
250 Sarung Kerusi Plastik Termasuk Riben

25 Alas Meja Labuh Jersy Termasuk Overlay
25 Bunga Hiasan Atas Meja Tetamu 

Pelayan Berpakaian Seragam 10 orang


PERCUMA
1 Set Meja Hadiah
1 Set Meja Kek
Kek Pengantin 2 Tingkat



dannn paling best 
dapat 40pax coklat for guest yang duduk kt meja dome
and DAPAT PAKEJ HONEYMOON oooooo
dalam DAN luar negara :)
DANNN ok!
pi pilih tempatt je :)
yaya awal2 dah book honeymoonnn kat sini. sebab dia kena 3 bulan sebelum :)



ok mehhh yaya review mana mana gambar yang sempat tangkap





Susunan 1 meja bulat dengan 10 buah kerusi
setiap meja lengkap dengan overlay dan kerusi bersarung reben
tempat basuh tangan dan air mineral 



meja beradap 
decoration meja termasuk 2 buah kerusi pengantin dan 10 kerusi banquet
bunga artificial, alas meja, skirting, scallop dan pinggan mangkuk


  10 orang Pelayan Berpakaian Seragam yang sangat baik baik :)


Kek Pengantin 1 Tingkat + 2 dummy
yang atas tu kek yaya sendiri laaaa 
so another 1 dummy yaya simpan bawah meja :)


4 Buah Dome Lengkap Dengan Setting VIP
4 buah meja ni yaya khas kan untuk Keluarga Pihak Lelaki


ni gambar yaya ambil dari fb Nurul Izzah Catering
lupa tangkap gamabr buffet sendiri :(
Makanan dihidangkan di 2 buah buffet meja bulat bersama 
Golden Chefing Dish Bulat Tergantung

sekian sahaja :)
Pilihan caterer anda, pilihlah NURUL IZZAH CATERING! pilih terbaik!

heeeeee marketing sikit :) 
ada pakej honeymoon. yeaaaaa boleh pi peneng sama mcm yaya :)

http://yayaayarus.blogspot.com/2013/06/nurul-izzah-catering-pilihan-terbaik.html

WEDDING PREPARATION: NURUL IZZAH CATERING, BOOKED!!!

ASSALAM SEMUA...

hee... tengok tajuk entry pon dh tau sure mila nak share dgn korang semua mengenai company yang bertanguggjawab untuk menjayakan majlis resepsi, erkh... bukan, majlis bertandang =p kami nanti.. =p wee... jgn tak tau majlis ktrg thn depan, tapi dh booked sekarang... hohoho... semangat x???

sebenarnya kitaorg booking secara tak sengaja dan tak berniat pon... =.='' hahahaha... mesti korang pelik kan?? al-kisah masa awal tahun hari tu, mila dan encik qayum pergi ke pameran pengantin di Ampang Point, tujuan asal hanya untuk mencuci mata dan hunting OV... tp, sambil jalan-jalan tu adalah lalu depan Booth NURUL IZZAH catering ni... tp, mulanya buat bodo je sebab macam awal sangat je nak fikir mengenai catering plus dewan pon x leh nak booking lagi.. kena tggu bulan 6... so, ktrg pon meneruskan impian dan harapan mencari OV yang terbaik walaupon niat di hati inginkan CST (owwwhhh... confem x mampu =[ )
tentang OV, next entry la baru cerita erk...

okey, back to the main point, oleh kerana muka ktrg je yang ulang-alik depan Booth NURUL IZZAH tu, person in charge dekat situ pon invite ktrg testing food (nasi arab) dkt booth diorg, ktrg pon dgn blur2 nye singgah la jap booth mereka itu...

then... jeng...jeng...

terjatuh hati tahap dewa tengok package yang ditawarkan!!!

ohhh nooo... bile cik MILA dan encik QAYUM jatuh hati, tak mo yang lain dah...
hahhahaha...

ktrg pon decide, pergi solat maghrib dolu, then, baru fikir balik nak amik ke tak package tu...

ALHAMDULILLAH , setelah bersolat, kami diberi petunjuk nan lurus dari ILLAHI, then, ktrg pon menjejakkan diri ke booth NURUL IZZAH untuk membuat bayaran deposit =p

so, terbitlah entry hari ini 

WEDDING PREPARATION: NURUL IZZAH CATERING, BOOKED!!!

korang nak tau tak package yang buat mila jatuh hati tu??? meh2 scroll kat bawah ni ya...




KUEH MUIH MELAYU 500 pax


CHEFFING DISH, TAPI YANG KTRG PUNYA, KTRG REQUEST BENTUK BULAT 
(Hee... maaf, benda macam ni pon mila amik berat, if not, camno nak buat wedding orang lain kan.. teliti tak? ngeee... )



HIASAN MEJA BERADAP, SUKA YANG INI!!! NURUL IZZAH CATERING JUGA AMIK TEMPAHAN UNTUK PACKAGE KHEMAH =)


YANG INI PON... CUMA NANTI, MILA AKAN TAMBAH DETAILING DECO SEBAB MASA MAJLIS BERTANDANG, TEMA KAMI, ARABIAN =)




4 BUAH DOME LENGKAP DENGAN SETTING 


PELAYAN BERPAKAIAN SERAGAM 10 ORANG, 
OWWHH.. PAKCIK YANG PAKAI BAJU MELAYU TU LAH OWNER NURUL IZZAH CATERING =) , 
(agak-agak lepas entry ni, ktrg dapat price lagi best tak pakcik?! ngehhh)

for only, RM11++ sahaja

murah tak?? best tak?? 

WINK ^-^

dan kami dapat pakej HONEYMOON FOR FREEEE!!! 




BALI , INDONESIA


boleh pergi luar negara sama ada BALI / PHUKET, dan ktrg decide nak pergi BALI =)
dalam negara pula, encik QAYUM kata nak pergi KUCHING @@ erkk.. tak tau la pasai apa nak p kuching, cek no idea =.=''... tp, mana pon encik QAYUM nak pergi, cik MILA ikot ajo... heee...sweet tak cik MILA??? (wahahaha, kuat perasan kan? =p)
then, masa tgh berangan2 , tetiba Person in charge NURUL IZZAH tu kata ada lagi satu cabutan bertuah aka HADIAH nak bagi ktrg, then, encik QAYUM pon cabut la cabutan tu, then, tertulis disitu

DOOR GIFT VIP 40 pax 

 yahoo!!! satu lagi benda free... ktrg cadang nak letak VIP gift ni dekat meja vip yang ada dome tu... kan memang dapat 40 pax jugak, that means, family mila la yang akan dapat VIP gift nih!!! wink!!! encik QAYUM jeles di situ!!! hohoho, alahai, don worries la encik QAYUM, nanti cik MILA tempah VIP gift untuk keluarga encik QAYUM masa majlis resepsi cik MILA erk...
 =p, 

so, korang tau tak mana nak tempah VIP gift yang comel, elegant, menarik dan tertarik plus murah plus reasonable price, wahahaha, cik MILA dah start demand!!! ohhh tidak!!!


akhir kata, cik MILA sangat recommend NURUL IZZAH CATERING as you all nye official catering... nak jumpa mereka??? korang boleh pergi the next pameran pengantin okeyh, lagi cepat korang booking, lagi best price korang dapat, sebab person in charge tu kata, next pameran, tak dapat price macam yang mila dapat ni and maybe if same, item2 yang free tu maybe x de... nak survey?? korang boleh gie je website diorg dekat SINI
 apa-apa pon, good luck untuk korang yang sedang mencari caterer pilihan for ur events!!! cik MILA doakan korang pon dapat package yang best macam cik MILA dapat ni erk... amin... happy hunting!!!

till then,

salam sayang, 

cik MILA

Sumber Dari :http://ourstorystartinfeb.blogspot.com/2012/02/wedding-preparation-nurul-izzah.html

NURUL IZZAH CATERER
ok kali nie entry pasal catering pulokkkkk... nie la gayanye bile da lama xupdate, skali update 2 3 story ko jah...hahaha

festival pengantin di pwt on march yg lepas aku sebagai penghabis duit dan cik tunang yg selaku penasihat kewangan telah menjejak kaki ke sana utk mendapatkan ape yg ptot.. actly kiteorg xdo niat la plak nk boking mana2 juz dtg nk gatal tgk jek.. penattt tue penat sbb sgt sesakkk kt sana tp u allz jgn risau pwtc tue x sekek ,dieorg ade aircond! hehe  before korang g sana aku nk menasihati bakal b2b sila bawak fail sebesar alam utk isi pemplet yg korang akan dpt!! mcm aritue aku g sana , hamik kiri kanan bg broucher tau.. smpai xcukup tgn!! last2 ronyok dlm beg! hek2

ok diteruskan lagi misi pertama dan utama adelah catering. actly part catering nie la paling penting n paling besar pembelanjaan .. T___T

  NUR IZZAH CATERER!!

aku sgt tertarik dgn izzah sbb pakej honeymoon sbenarnye !! hahaha
sesapa yg amik mana2 pakej catering akan dpt free honeymoon okey luar negara dan dlm negara!! ok lookkk..sape nk bg free kan?? dieorg bg pilihan sama ade nk rantai emas @ honymon! of coz la aku amik bercuti..ngeh3
pakej honeymoon nie korang boley pilih nk g bali or phuket! dan didalam mlysia ade pilihan cherating,langkawi, kl, pd, johor ,sabah n serawak...yg nie aku n cik tunang xdecide lagi nk g mana2, sbb pada mulenye cik tunang ajak nek cruise! sbb die mmg teringin nk nek kapal pusing krabi phuket penang..pastu berubah pulakkkk nk amik GRAND LEXIS,PD  katenye ..so aku xnk msuk cmpor, honymon nye part biar die tentukan :')

berbalik pada izzah caterer, mgkin nie slh satu cara die nk tarik kastemer..:)

bkn tue je! dieorg ade buat cabutan bertuah tau! rm1k, rm5k, rm7k, rm17k

giler x???

malangnye bkn rezki kitorg :'( huuhuhu

balik dri pameran tue aku terus serve kt makcik google mana tau ade komen2 pasal nurul izzah caterer..n rata2 blogger ex b2b kata taraf lima bintang servis dieorg..so senyum lebar kjap..hehe :)
makayah aku paling suke caterer nie sbb nsi n lauk die sgt sedap.. dlm part makan2 nie aku rase org tua lebih tau n berpengalaman.. maka muktamad, kiteorg bayar deposittt... setleee


harap time triple big day nti berjalan dgn lancar ^_^
doakan kite ye kawan...

btw if korang masih2 tercari catering so boley la godek2 fb  die k..

Sumber Dari: http://kronologisiggtaring.blogspot.com/2013/05/nurul-izzah-caterer.html




Urus majlis dengan lancar










JIKA anda berhajat untuk mengadakan sebarang majlis, perancangan rapi dan teliti  perlu dilakukan supaya segalanya berjalan dengan lancar bermula daripada jemputan, konsep sehinggalah makanan yang akan dihidangkan kepada tetamu kelak.

Tidak kira majlis apa pun, apatah lagi majlis perkahwinan, tuan rumah perlu menitikberatkan hal tersebut.

Salah satu perkara yang paling perlu diberi perhatian adalah masakan. Jika tidak mempunyai tenaga yang cukup, anda boleh menggunakan perkhidmatan katering sesuai dengan bajet diperuntukkan.

Banyak caterer yang boleh memberi perkhidmatan mengikut cita rasa anda, antaranya Nurul Izzah Catering yang beroperasi di Taman Subang Mas, Subang Jaya.

Pengarah Urusannya, Haron Khamis berkata, Nurul Izzah Catering menawarkan perkhidmatan yang sesuai dengan bajet bakal pelanggannya.

“Kami menyediakan banyak pakej yang boleh dipilih dan tidak membebankan pelanggan,” katanya.

Jimat dengan pakej

Menurutnya, terdapat enam pakej dengan minimum 1,000 pax pada harga RM12.90 sehingga RM16.90 satu kepala.

“Daripada enam pakej, terdapat tiga pakej untuk khemah dan selebihnya tiga untuk dewan. Antaranya Khemah Mawar, Khemah Tanjung dan Khemah Cempaka.

“Bagi pakej dewan, Dewan Serai, Dewan Kristal dan Dewan Ruby,” katanya.

Beliau berkata, setiap pakej tersebut merangkumi menu bufet, complimentary, menu makan beradab dan pelengkapan majlis.

“Dalam menu bufet, terdapat dua jenis nasi yang ditawarkan iaitu nasi Arab dan nasi putih manakala lauk pauk merangkumi daging masak Palembang, ayam masak merah, sayur gulai, sambal sotong dan sebagainya,” katanya.

Haron berkata, terdapat dua complimentary yang diberikan kepada pelanggannya.

“Kami memberikan secara percuma sudut teh tarik, sudut cendol, kuih muih Melayu, pulut kuning dua tingkat, kek pengantin pintu gerbang dan set PA sistem berserta deejay,” katanya.

Menurutnya, pakej yang ditawarkan memberi penjimatan kepada pelanggannya.

“Selain memberikan dua jenis complimentary, pelanggan juga tidak perlu mengeluarkan bajet lain untuk mendapatkan sesuatu barangan seperti kanopi, meja dan kerusi kerana ia sudah merangkumi dalam satu pakej,” katanya.

Beliau berkata, selain pakej khemah dan dewan, Nurul Izzah Catering juga menawarkan Pakej Premium Ibu Sina dan Ibu Khaldun bermula RM23 sehingga RM25 per pax dengan minimum 1,000 pax.

“Pakej ini boleh dipadankan sama ada dengan kelengkapan majlis iaitu dewan atau khemah,” katanya.

Berpengalaman selama 10 tahun dalam dunia katering, Nurul Izzah juga menyediakan pelan pembayaran yang komprehensif bagi membantu meringankan beban pelanggannya.

“Apabila persetujuan dicapai, kami memberikan jadual pembayaran kepada pelanggan supaya mereka dapat menyelaraskannya dengan lancar,” katanya.

Terima tempahan 2014

Haron berkata, purata setiap bulan syarikatnya mengendalikan sehingga 100 majlis di serata tempat.

“Biasanya majlis diadakan pada hujung minggu dan dengan tenaga kerja yang pakar, kami mampu melaksanakannya dengan baik dan lancar,” katanya.

Menurutnya, aktiviti memasak bergantung kepada masa dan lokasi sesebuah majlis.

“Biasanya kerja- kerja memasak dilakukan bermula jam 4 pagi sebelum menghantarkannya kepada pelanggan. Bagi memastikan makanan berada dalam keadaan baik, kami akan memanaskan semula apabila sampai di lokasi,” katanya.

Beliau berkata, kepuasan pelanggan dan kualiti makanan adalah perkara yang diutamakan.

“Kami sangat berharap pelanggan berpuas hati dengan apa yang diberikannya. Jika ada sebarang kompelin, kami akan membuat siasatan secara menyeluruh sehingga berjaya mencari puncanya.

“Kegembiraan pelanggan adalah kegembiraan kami, jadi saya perlu memastikan setiap jabatan menjalankan tugas mereka dengan baik,” katanya.

Haron berkata, pihaknya juga sudah mempunyai tempahan pada tahun hadapan.

“Kami sarankan mana-mana individu yang berhajat menggunakan perkhidmatan kami membuat tempahan awal,” katanya.

Walaupun beroperasi di Lembah Klang, beliau berkata, Nurul Izzah Catering menyediakan perkhidmatan sehingga ke Perak, Pahang, Johor selain Lembah Klang.

“Perkhidmatan kami pernah sampai ke Batu Gajah,  Jasin dan juga Jerantut.

 “Ada juga tempahan yang diterima jauh daripada itu seperti bandar Muazzam Shah, tapi kami tidak mahu mengambil risiko kerana makanan hanya boleh bertahan dalam masa 24 jam,” katanya.

Menurutnya, bagi menjamin kualiti, pihaknya tidak bergantung kepada satu pembekal sahaja.

“Ada banyak pembekal yang membekalkan barangan kepada kami dan di situ kami mendapat bekalan bahan mentah yang segar serta berkualiti,” katanya.

Haron berkata, selain memberi perkhidmatan terhadap individu, Nurul Izzah Catering kini mengorak langkah dengan melebarkan perkhidmatannya kepada pihak korporat.

“Bulan ini kami mula memasuki syarikat- syarikat korporat dan akan target lebih banyak selepas ini,” katanya.

Bercerita mengenai perancangan pada masa akan datang, beliau berkata, Nurul Izzah Catering akan beroperasi di premis baru di Puchong pada Julai nanti.

“Kami bangunkan bangunan Nurul Izzah Catering yang lengkap dengan stor, pejabat, dapur dan sebagainya,” katanya.Hubungi 0132878944 untuk maklumat lanjut....

No comments:

Post a Comment